RSS

PERANCANGAN PERSARAAN KEHIDUPAN.

Perancangan hadapi persaraan saya percaya ramai diantara kita telah dan akan lakukan . Kita akan berusaha untuk mengumpul sejumlah amaun simpanan dan harta untuk membolehkan kita bersara dengan selesa.

Persaraan dari kehidupan adakah kita telah lakukan perancangannya . Adakah kita fikir masa masih panjang lagi , adakah kita yakin?

3 jaminan bekalan persaraan yang wajib kita usahakan , iaitu

1) Anak yang soleh / solehah. Usahakan diri kita menjadi anak yang soleh / solehah insyallah anak – anak kita kelak akan mencontohi akhlak kita . Disamping kita berusaha membangunkan sistem pendidikan sepanjang hayat yang menjurus kepada kehidupan yang dirahmati Allah Taala.

2) Usahakan Sedekah jariah yang berpanjangan manfaatnya . Contoh membantu pembangunan harta wakaf . Peruntukkan sekurang – kurangnya 1/3 dari harta kita untuk tujuan ini janganlah pula kita mewakafkan harta hingga menyebabkan waris kita meminta – minta sara hidup .

3) Usahakan menambah ilmu pengetahuan yang bermanfaat yang membolehkan kita menyumbang  mengajar untuk pembangunan ummah . Ilmu bermanfaat ibarat tanaman yang senantiasa memberikan hasil untuk bekalan untuk disana.

Tambahan usaha diatas ;

Usahakan menjalin silaturrahim dengan para ulamak dan jemaah dipimpin ulamak . Kelak kita mendapat bantuan shafaat disana .

Sertai program Daruljenazah yang membantu kita dari sudut sedekah Khatam Al Quran , Wakaf dan Badal Haji manalah tahu kita tidak sempat melakukan 3 perkara utama diatas kerana kita tidak tahu bila kematian menjemput kita. Penyertaan dalam Program Darul Jenazah salah satu kaedah menderma dan membantu pembangunan usaha penyelesaian tuntutan fardhu kifayah.

Adakah anda mengetahui jangkahayat anda sehingga anda menangguh – nangguh untuk insaf.? Bila lagi.   

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 14, 2013 in Uncategorized

 
Imej

image

 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 28, 2013 in Uncategorized

 
Imej

Peringatan buat diri yang sering lupa.

image

Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 28, 2013 in Uncategorized

 

Dikala usia berbaki.

image

Alhamdulillah dikala usia berbaki masih berupaya berkunjung di rumah Allah Taala. Berdoalah agar kita dapat menghabiskan usia dengan menjadi hamba Allah Taala dan bukannya hamba nafsu.Lakukan perancangan agar sebelum kematian kita , dapat khatam Al Quran dan memaksimumkan harta waris sungguhpun seolah -olah kita akan mati keesokkannya. Impian sebegini mampu diterjemahkan kita menerusi penyertaan Program Darul Jenazah.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 26, 2013 in Uncategorized

 

TIADA KERUGIAN PENYERTAAN DUNIA DAN AKHIRAT

Ada yang bertanya kepada saya bagaimana jika kemudahan ini tidak digunakan kerana urusan jenazah telah diselesaikan sendiri . Ianya tidak menjadi masalah setiap penyertaan produk Darul Jenazah boleh menuntut Wang Tunai Ehsan dari RM200 hingga ke RM450.00 kecuali Pakej Teratai . Nilai wang tunai ehsan ini melebihi dari nilai bayaran pakej , ini bermakna perolehan diperolehi tetap melebihi dari nilai bayaran produk maka tidak timbul isu tiada apa – apa manfaat yang tidak diperolehi .

Pakej – pakej tersedia menepati pilihan perancangan bajet terakhir mengikut bajet berpatutan . Penyertaan dan sokongan anda juga secara tidak langsung kaedah tabaruk / derma kepada ahli – ahli yang telah meninggal dunia dan membangunkan Darul Jenazah menyelesaikan isu fardhu kifayah setempat di seluruh Malaysia .

Sokongan anda tanda keprihatinan sokongan penyelesaian isu fardhu kifayah

flys colour 1

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mei 8, 2013 in Uncategorized

 

LEGASI KETURUNAN

image

Legasi karier khidmat generasi , dahulu datuk saya merupakan penjaga tanah perkuburan di Pokok Mangga Melaka selama lebih 20 tahun . Beliau meninggal kini pak cik di Limbungan pula menjadi penjaga tanah perkuburan di Limbungan, Melaka sehingga kini. Saya di KL tidaklah boleh menjadi penjaga tanah perkuburan kerana di sini DBKL telah jaga maka legasi keturunan saya teruskan dengan memasarkan program inovatif Darul Jenazah visi penyelesaian fardhu kifayah kawasan setempat dan back up plan hadapi saat tidak disangkakan demi kemudahan waris . Adakah anda telah mendaftar ? Segera bertindak masa dan saatnya berlaku bila – bila masa demi kemudahan waris anda .Bertindak hari ini dan anda akan hargainya kelak.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Februari 4, 2013 in Uncategorized

 

Produk inovatif , gagasan minda solusi risiko sifar kerisauan.

Saya menyertai dan mempromosi Produk Program Darul Jenazah kerana keunikan dan produk  inovatif sesuai peredaran masa. Faktor inflasi memberikan kesan langsung kos pengendalian pengurusan jenazah . Maka pihak pengendali program perlukan fikirkan kaedah yang mampu kalis inflasi, maka kini ianya digabungkan bersama produk takaful.

Faktor cabaran mewujudkan kesinambungan melahirkan generasi pelapis pengendali jenazah  . Faktor ganjaran setimpal dengan masa dan kos pengendali jenazah perlu difikirkan agar mampu menarik golongan muda terlibat. Maka menerusi program ini pengendali jenazah diberikan ganjaran setimpal dengan khidmat mereka , perlu bersedia 24 jam 365 hari kerana kematian berlaku pada saat dan ketika yang kita tidak tahu.

Fikirkan  jika pengendali jenazah bekerja sendiri atau makan gaji ? Kekerapan cuti kecemasan  juga timbulkan masalah kelak.

Produk inovatif dibangunkan bersama produk takaful agar kalis inflasi dan peserta tidak dibebankan dengan kos penyertaan yang tinggi. .Satu kaedah penyelesaian komprehensif dan efektif untuk biayai kos terlibat dan elakkan harta simati tidak berkurangan kerana pembiayaan kos urus jenazah diselesaikan produk inovatif ini.Kebajikan waris wajar dijadikan  keutamaan .

Penglibatan saya dalam promosi program ini juga sebagai satu kaedah pendidikan agar senantiasa ingati kematian, memaafkan orang dan tidak bersifat  pendendam.Bukankah naluri manusia yang senantiasa leka dalam kehidupan  dan bersifat pendendam apabila disakiti .

Urusan mengendalikan jenazah memerlukan pengendali bersifat ikhlas dan amanah . Perlu berusaha dari sekarang untuk meneruskan kesinambungan program ini agar berterusan menabur khidmat . Kini saya promosi program ,  insyallah 2 tahun dari sekarang kelak menjadi pengendali jenazah pula.

Sokongan penyertaan anda diperlukan demi kelangsungan  program demi keutamaan kesejahteraan waris . Jika berminat menjadi wakil promosi dan pengendali jenazah juga amat dialu – alukan .

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 18, 2013 in Uncategorized

 

Sketsa Senario Kehidupan .

Jam 5 pagi rutin harian Ros menyediakan sarapan pagi untuk suami dan anak – anaknya . Sekitar jam 5.40am  terdetik di hati beliau rasa kehairanan kenapa bilik air senyap sahaja tidak mendengar air mandian suaminya . Lupa nak bangunlah  terdetik pada hatinya , lewat pula nanti. Ros segera pergi ke bilik tidurnya untuk mengejutkan suaminya . Terasa hairan kenapa suaminya tidak bangun walaupun telah dikejutkan berulangkali , nyatalah suaminya telah kembali ke rahmatullah .

Rasa terperanjat dan panik apa yang perlu dilakukan , pening kepala Ros memikirkan pada siapa yang hendak dimaklumkan tambahan pula masih tidak mengenali jiran sekitar kerana baru berpindah dikawasan perumahan baru berkenaan , diburukkan kali kawasan perumahan  masih belum ramai penghuni .

Bagaimana jika situasi ini berlaku pada diri kita , adakah waris kita bersedia ?

Tahukah kita apabila berlaku kematian apakah perkara yang perlu dilakukan ?

Jika kita  tahu bagaimana pula waris kita  jika ditakdirkan anda meninggal  dahulu?

Sudah  kita telah melatih ahli keluarga dan diri kita dalam bidang pengurusan jenazah?

Tahukah berapa  kos urusan pentadbiran jenazah hingga pengebumian  dan pusara kini ?

Adakah kita  mengenali jiran dan ahli khariah yang mahir pengurusan jenazah di khariah kita ?

Persoalan  ini sering bermain diminda saya apabila mula mendiami dikawasan kediaman baru , kini Alhamdulillah penyelesaian pemasalahan ini telah dapat saya selesaikan semudah dail sahaja untuk bantuan .

Dikala kita hidup mencari rakan semasa ketawa adalah mudah dicari , bagaimana pula kita hendak mencari rakan  ketika kita kesedihan ?

Kini semudah dail sahaja permasalahan fardhu kifayah urusan pentadbiran dan pengurusan jenazah secara komprehensif, efektif dan menepati syariah kini dihujung jari . Penyelesaian meliputi  , pengangkutan van jenazah,  kos bina pusara , tahlil , badal haji dan kos berkaitan .
Kematian kita tidak akan ketahui bila masanya akan berlaku , pengalaman saya sendiri kematian rakan sekerja dan pengurus yang meninggal dikala umur 40 an  menyedarkan diri  senantiasa melakukan persiapan menerima jemputan terakhir . Kita tidak tahu adakah hari ini adalah hari terakhir ……..

Pengalaman menyelesaikan urusan pengebumian jenazah anak buah dahulu menyedarkan keperluan sumber kewangan dalam hadapi kos pengurusan jenazah . Lebih- lebih lagi di bandar besar Kuala Lumpur berapa anggarannya kosnya ?.

Didalam islam sendiri menetapkan kos pengendalian jenazah diambil dari harta simati , kemudian penyelesaian hutang dan harta pusaka . Bagaimana jika yang baru bekerja dan baru memulakan simpanan , anak – anak masih kecil dan sumber kewangan sememangnya terhad .
Adakah diri anda telah bersedia merancang bajet terakhir anda ?
Dilaman portal ini pendedahan teknik perancangan bajet terakhir semudah A,B,C ……
Program yang mampu menjadi  Rakan prihatin hadapi kesedihan…….Perancangan komprehensif memudahkan waris dan penyelesaian fardhu kifayah setempat .
http://www.mydaruljenazah.wordpress.com  (Rakan prihatin hadapi kesedihan)

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 15, 2013 in Uncategorized

 

PEMERGIAN TIADA SIAPA NAN TAHU BILA DAN DI MANA?

Saat jangka masa yang kita fikirkan panjang , kedatangannya tidak diduga . Alhamdulillah sungguhpun kes ini berlaku di Shah Alam , kematian sahabat saya ini telah selamat diuruskan sewajarnya oleh pihak Darul Jenazah diuruskan dari Shah Alam untuk urusan pengkebumian di Kelantan . 

Fikirkan , jika tiada penyertaan Program Darul Jenazah mampukah waris kita untuk uruskan kes kematian diluar kawasan ? pemergian sahabat

Penyertaan program Darul Jenazah sewajarnya dijadikan back up plan kerana saat yang ditunggu tidak diketahui bila masanya dan dimana ? . 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 9, 2013 in Uncategorized

 

SEMUANYA BERMULA DISINI

Mengapa saya promosikan khidmat Darul Jenazah ?

Dunia pengurusan jenazah adalah tidak asing dalam kehidupan saya . Ayah yang pernah bekerja di Hospital Besar Kuala Lumpur dimana pejabatnya berhampiran dengan Bilik Mayat .Arwah datuk yang pernah menjaga Tanah Perkuburan Pokok Mangga , Kelebang Kecil Melaka sehingga akhir hayat beliau dan kini diteruskan oleh saudara di kawasan perkuburan Limbungan , Melaka .

Kini bidang pengurusan jenazah diperkemaskan mengikut dan keperluan masa kini . Ini usaha kecil meneruskan legasi keluarga bezanya saya mempromosi khidmat Darul Jenazah .

Pengalaman membantu urusan dokumentasi urusan jenazah dan mengenalpasti jenazah di bilik Mayat Hospital Besar Kuala Lumpur pada waktu malam merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan . Melihat proses pengurusan jenazah mati kebakaran atau kes polis memerlukan tenaga kerja pengurusan jenazah yang cekap dan terlatih .

Berapa ramai dikalangan ahli keluarga kita , sanak saudara atau jiran kita berkemampuan dalam urusan penyelesaian dokumentasi dari peringkat awal memaklumkan kematian, pengurusan jenazah , urusan tanah perkuburan dan urusan lain berkaitan seperti urusan bina pusara dan badal haji ?

Ini satu persoalan yang perlu kita fikirkan hari ini untuk hadapi kemungkinan kematian pada bila – bila masa.

Banyak kenangan dan titipan ilmu diperolehi dengan arwah datuk yang pernah menjaga tanah perkuburan dan Makam Tuan Guru Haji Dali .

Download kertas kerja Darul Jenazah Kertas kerja Darul Jenazah

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 5, 2013 in Uncategorized